Wednesday, December 7, 2011

Sesat di Singapore...

Kata orang, uniknya Singapura.......................

Memang unik pun sampaikan aku boleh sesat kat pulau yg kecik tu. Planning Awal Muharram 1433 adalah nak ke Sentosa Island dan sebelah petang ke Orchard Road ( menikmati cahaya lampu time2 Krismas di Spore ). Tetapi disebabkan sedikit kesilapan yg papa lakukan ( sampai sekarang rasa geram lagi ) menyebabkan aku, anak2 & 3 org anak buah aku x dapat g Sentosa Island.

Kami pergi dengan 3 kereta ( kereta aku, abg & kakak ), disebabkan papa mmg tak tau bab2 jalan kat Spore maka kami suruh abg di depan, tengah kakak dan last sekali kami. Tetapi kat satu traffic light papa buat mcm jalan tu jalan kat KL je, dia g potong lampu kuning. Kami terlepas tetapi kakak x lepas. Abg aku sempat bhenti kat tepi jalan tetapi papa x leh bhenti sebab time tu bas lalu. Kami tersilap masuk jalan, so sampai ke sudah tak dapat jumpa diorang. Rooming lak xdapat. Frustnya.....

So utk mengubat ati ( xkan lah masuk Spore semata2 duk dalam keta aje kan), kami g la ke....
Dapat g Orchard Road jadilah, menikmati lampu2 cantik sempena Krismas


Senja di Orchard Road

Kat Klang xde Forero Rocher yg besar2, Spore ada....

Giler betul diorang kat patung2 ni, apa yg best ntahlah.Maklumlah aku bkn reti bab2 fesyen

Kepada Alyaa, Anith & Aisya, Achik minta maaf byk2 sebab x dpt bawak korang g Sentosa Island. Ada rezeki kita g lain kali ye. Insyaallah....













Thursday, November 10, 2011

Hari ke-46 tanpa MAK....

Al-fatihah untuk arwah mak, Puan Shamsiah Mohd Rush.

Hari ini genaplah 46 hari mak pergi menghadap Ilahi. Rasa rindu pada mak masih kuat..kadang2 aku masih tak dapat terima kenyataan yang mak dah tiada di dunia ini. Mak pergi di saat aku masih perlukan nasihat & tunjuk ajarnya untuk membantu aku jadi isteri & ibu sebaik mak. Mak banyak menasihati aku, berSABAR dan terus berSABAR. Katanya itulah kekuatan kita sebab dia tak mahu anaknya jadi lemah. SABAR itu akarnya pahit, tapi buahnya lazat.Itu kata mak. Sesungguhnya semua itu ada kebenarannya.

Mak pergi tanpa sebarang isyarat, tanpa sebarang tanda yang menunjukkan dia akan pergi meninggalkan kami, anak cucunya buat selama-lamanya. Padahal semasa aku jumpa dia masa Aidilfitri lalu, dia mcm biasa aje.Masih boleh ketawa kalau ada apa2 yang mencuit hatinya, masih boleh komen pasal karenah anak2nya. Cuma masa aku mintak izin darinya untuk beraya di Klang lagi ( kepada yg tau kisah aku, mesti tau lah ..) tahun depan, cuma dia ada berkata " Rasanya raya tahun depan mak tak sempat ". Aku cakap kat mak, mak ni melalut aje. Rupanya itulah satu "hint" dari mak. Bodohnya aku sebab tak dapat tangkap maksud mak itu. Sakit mak hanyalah sebab dia tak lalu makan selama 2 ari...lps itu dia mintak dibawa ke hospital. Rupanya dia tak nak menyusahkan anak2. Dia tak sedarkan diri di hospital dan itulah penghujung nyawanya.Mak disahkan menghidap penyakit jantung.Selama ini aku tak tau pun mak ada penyakit jantung. Mungkin itu hanyalah satu sebab aje padahal yang sebenarnya masa mak dah sampai. Mak koma tatkala aku sampai di sisinya. Yang aku sempat hanyalah menatap & mencium wajah & tangannya yang waktu itu dah tak bergerak lagi.Cuma nasib aku agak baik sebab malam sebelum tu mak call aku. Agaknya dia dah ada rasa yang dia tak akan dapat mendengar suara aku lagi. Walaupun malam tu suara dia agak ke dalam, tetapi aku sememang tak syak apa2. Aku cuma fikir masa tu mak tiada tenaga kerana tak makan, sebab itu suara dia begitu. Aku suruh mak makan benda yang masam2 sikit, bagi tekak tu berselera. Katanya dah makan semua, tapi tetap macam tu. Selepas berbual lebih kurang 5 minit, dia letakkan telefon. Aku tak fikir apa2..cuma ingat besok pagi nak call mak balik, tanya khabar mak. Tetapi belum sempat aku call mak, adik aku bagitau mak kat hospital. Aku fikir maybe lepas masuk air, mak akan ok. Maklumlah masa bulan posa ari tu pun mak dah dimasukkan ke hospital sebab tiada tenaga. Jadi aku pikir lepas masa air mak akan ok dan dalam masa yg sama aku bersiap untuk balik ke kampung. Tak kiralah apa nak jadi sekalipun, aku mesti balik jugak. Tambahan pula adik dan abang suruh aku balik segera. Kata mereka, takut apa2 jadi kat mak, aku tak sempat nanti...Dalam hati TUHAN aje yang tau. Doa tak putus2 utk mak dan aku bernazar andai kata mak sihat, aku akan posa nazar selama seminggu. Untuk mak, apa2 pun aku sanggup lakukan. Namun kita semua hanya mampu merancang, dan TUHAN yang menentukan. Sudah sampai masanya untuk mak pergi dan seminit pun kita tak boleh nak tangguhkan. Mak pergi untuk selama-lamanya pada 26/9/2011 dan meninggalkan kami semua dengan kenangan bersamanya.
Al-fatihah untuk arwah Shamsiah Mohd Rush ( 1944-2011 )...Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.....
















Thursday, September 22, 2011

Di penghujung raya..

Hari genap la 25 Syawal 1432, bermakna dah 25 ari umat Islam menyambut Hari Raya. Weekend ni, gantung kuali lagi..banyak open house nak kena pergi. Semua berebut2 nak buat open house weekend ni, maklumlah mengejar Syawal yg masih ada. " Open House" dah jadi trend sekarang, sampaikan kalau kita ajak sesiapa datang ke rumah kita sempena raya ni, pasti soalan pertaman yang keluar " Ada buat open house ke?" ... Ada ke patut tanya macam tu. Abis tu kalau tak buat Open House, tiada sesiapa la nak datang umah kita. Memang tak salah nak buat Open House, at least boleh jamu tetamu dengan makanan yang special sikit asalkan masih mengekalkan konsep ziarah menziarahi di samping memohon kemaafan sempena Syawal yang mulia. Tetapi orang sekarang cuma ingat, open house utk makan aje. Kalau setakat hidang biskut raya, baik x payah buat open house. Inilah mentaliti orang kita. Bukan apa, takut tradisi ziarah menziarahi semakin hilang kalau kita masih mengekalkan tabiat "Raya la umah orang tu, dia buat open house? "
Pendek kata, Tepuk dada tanya akal...

Wednesday, August 10, 2011

Luahan Ramadhan..

Pejam celik pejam celik ...ari ni dah 11 ari umat Islam berpuasa. Sekejap aje masa berlalu. So lebih kurang 18 ari lagi la nak menyambut Syawal. Mak oiii..cepatnya. Satu benda aku tak siap lagi. Baju raya utk Sarah dgn Naqib pun aku tak beli lagi. Macam xde mood aje nak raya. Apa la aku...semua xde mood. Nak keja pun xde mood, nak raya pun xde mood.. so apa yang aku ada mood? Tunggu kot2 ada bonus raya baru ada mood agaknya. Agak2 dapat ke? Kalau aku ni gomen, confirm la 1/2 bulan gaji. Tapi, kalau keja macam aku ni, ntahlah... tengok rezeki la mcm mana dan bergantung gak kepada mood bos aku.Aik semuanya berkaitan dengan mood. Nak berharap takut nanti tak dapat, lagi la frussssttt.. Wahai bos, bagilah la bonus raya. Maybe lepas ni barulah mood baik tu datang. Maknanya mood aku asyik tak elok sebab tunggu bonus raya la ye. OOOO... aku sendiri pun baru tau jawapannya. Apalah Ida ni....

Wednesday, July 27, 2011

K.A.M.I datang...

Kalau tengok si HELANG ni, confirm la u all tau kitorang g mana. Kiranya edisi perabih duit kitorang kali ini ke Langkawi la.Maklumlah sama mcm Cameron Highlands, last kitorang g sana kira2 3 tahun yang lepas. Korang bayangkan, 3 tahun kumpul duit baru boleh g Langkawi.Kalau nak g London x taulah camne.Entah2 kena kumpul duit sampai 10 tahun baru boleh g London. Iye ke sampai mcm tu? Entahlah Labuuuuu...Kat Langkawi kitorang tido kat Cenang Resthouse, Pantai Cenang. Papa suka Cenang sebab katanya kalau time malam tempat tu 'hidup' sikit. Boleh jalan2 time malam. Jalan2.....? Jalan apanya...malam semua dah letih. Jalan dalam mimpi adalah. Tetapi Sarah dgn Naqib enjoy la mandi laut. Balik Terengganu pun x dapat mandi laut. Apa lagi, bercanda di pasiran pantai la....
Main purpose g Langkawi, confirm la naik Cable Car. Merasai kegayatan berada di tempat tinggi. Tetapi seronok la tengok bawah, cantiknya pemandangan ciptaan Allah swt. Rasa beruntungnya berada di bumi Malaysia ini....
Aktiviti seterusnya, Island Hopping la. Bagi budak2 rasa pengalaman naik boat laju. Tetapi yang lebih mencabar, time kitorang kat tengah laut, hujan turun..Lebat la pulak. Nasib baik Naqib ok. Tidak dapat dibayangkan kalau time tu dia buat hal. Rasanya mau aku suruh pilot boat tu patah balik. Tasik Dayang Bunting...sinonim dgn citernya,kalau perempuan nak pregnant minum aje airnya. Entah betul entah tidak, xtau lah. Maybe kebetulan rezeki nak dapat. Tetapi sanggup ke nak minum airnya. Aku tengok org duk mandi kat dalam tu, rasa gelilah. Aku cuma celup2 kaki aje.Amik syarat la katakan. Kalau x sentuh langsung airnya, rasa mcm x cukup syarat lak. Mcm g buat haji lak, kena ada syarat yg perlu dipatuhi..Tetapi 3 tahun lepas, selepas balik dari Langkawi, aku mmg betul2 tetttttt... So kali x tau la, adakah Naqib akan dapat adik selepas ini? Tunggu penangan air Tasik Dayang Bunting...






































































































































































































































































Thursday, June 23, 2011

Wayang lagi..

Mentang2 la Naqib xbuat hal masa tengok Nur Kasih ari tu, So papa dgn bersemangat waja ajak kitorang tengok KL Gangster la pulak. Katanya nak tengok anak kesygan Yusof Haslam punye citer. Aku seperti biasa la, ikut aje. I Follow.... Tetapi yang x bestnya kali ini Naqib buat la pulak. Bkn dia melalak tetapi asyik nak beriba memanjang. Nak dipeluk aje. Agaknya dia takut kot dgr bunyi pistol yg kuat tu. Lagi la citernya banyak adegan gaduh2 , sepak terajang. Alahai anak mama, " Dalam hati ada taman ye.". Sarah seronok la tengok wayang. Dapat pop corn, dia layan KL Gangster mcm tengok tv kat umah dia. Gelak tak control langsung. Sampaikan org depan pun pusing tengok gelagat dia. Nasib baik la panggung tu gelap, so x nampak la sangat muka. Kalau tidak msti org nak tau, sapa la mak budak ni. So sapa yg malu? Aku la....

Welcome to our club

Welcome Mohamad Nazri bin AR Azmi...

Ini adik ipar papa a.k.a biras aku la. Satu2nya menantu lelaki kepada Puan Hajah Rahimah.
Adik ipar aku dah selamat dinikahkan pada 11/6/2011 yg lalu. So kepada Nazri yg juga ahli baru, Selamat Datang la ye. Bila dah join club ni, barulah awak tau mcm mana rasanya. Dulu cuma lihat & dengar, sekarang diri sendiri yg akan melaluinya.Semoga ada perubahan yg lebih positif dgn keahlian anda itu. So untuk Hafizah & Nazri :

SELAMAT PENGANTIN BARU & SEMOGA BAHAGIA KE AKHIR HAYAT



Besday...

Sepatutnya besday ni aku dgn Naqib yg celebrate sbb besday kitorang dekat2 ( 12 & 13 June ), tetapi sebab anak dara aku yg beria2 nak celebrate gak,so terpaksalah mamanya berkorban.Berkorban? Berkorban apa...? Berkorban nama la..Haaa...Berkorban nama.Yelah nama aku terpaksa digugurkan sebab xmuat nak letak nama byk2 kat atas kek.Alahai ciannya kat aku.Tapi xpelah, demi anak2....Asalkan anak2 mama jadi anak yg baik sudahlah.. Kek besday pilihan Sarah la...
Tiup jgn x tiup..Mintak la apa2 hajat..mana tau dimakbulkan





Thursday, June 2, 2011

Cakap siang pandang2..

Dulu bukan main lagi aku kutuk Nissan Vanette P.Aja.Kononnya Nissan Vanette tu jelmaan Alphard la.Mentang2 Nissan Vantte P.Ja tu murah , dah tu tua lak.Sekarang P.Aja buktikan dia mampu beli keta baru.Tetapi bukan Alphard la.P.Aja beli Toyota Hiace.Lagi besar boleh muat ramai org.Padan muka aku...Lain kali mulut tu kasi beli insurans sikit.Nama aje keja bab2 insurans tetapi mulut sendiri xde insurans.Ye la..lain kali aku akan cuba tapis kata2 yang keluar dari mulutku.Ala P.Aja pun bukannya org lain , abang aku gak.Tak kanlah dengan adik sendiri pun nak kecik ati.Air dicincang x akan putus,itu kata pepatah orang tua2.So memang betul pun...Papa berkenan sungguh dgn sign "25 kmj" tu. Tak tau lah apa motif P.Aja letak sign tu.Tak kan nak bwk Hiace 25 kmj kot, basikal lagi laju..Tetapi yang best nak Hiace, boleh g jln ramai.Kalau dulu kena guna 3 kereta untuk membawa family aku, tetapi dgn Hiace ni,satu pun dah cukup, semua org boleh naik. JIMAT ....









Sokong atau Bangkang?

Anak bujang aku ni minat benar dgn go-kart.Kalau papa dia bawak g tengok go-kart kat Stadium Shah Alam, gerenti susah la nak ajak balik.Pasti melalak2 macam org kena cubit.Agaknya Naqib mewarisi minat papa kot,suka dgn bab2 automotive ni.Sebab tu papa x sabar nak tunggu Naqib besar.Ada geng main go-kart, g Sepang...
Kadang2 aku terpikir boleh menjanjikan masa depan yg baik ke untuk anak aku.Risau jugak kalau Naqib xtreme dgn minat dia sampai lupa nak belajar.Tetapi kalau dah memang minat,makin dihalang makin dia nak tunjuk kehebatan dia.So camne ye? Nak follow aje ke?Tengoklah camne.....

Ada gaya sebagai juara ke ?





Nur Kasih Or Norlida?

Nur Kasih Or Norlida, mana yang lagi best...?
Rasanya Norlida lagi best kot....( Perasan Sendiri la)

Anak dara aku sibuk nak tengok Nur Kasih.Aku cakap kat dia sabarlah,nanti bila dah keluar kat Astro First confirm ada cd, so kita beli cd aje la.Boleh tengok berpuluh2 kali sampai cd tu rosak.Tetapi dia dah x sabar2.Katanya Mak Tok dia pun dah g tengok.Amboi..siap g tengok wayang lagi ibu mertuaku ini.Satu pengaruh yang kuat kepada anak aku ni.Sebenarnya aku mmg dah lama x g tengok wayang.Last rasanya masa mengandungkan Naqib.Masa tu aku tengok "Jangan Pandang Belakang Congkak."Imaginelah dah 2 tahun x g tengok.Lama tu..
Sebenarnya aku malas nak g tengok wayang bukannya apa,takut Naqib buat hal kat dalam tu.Tak pasal2 kena keluar.Rugi la beli tiket...Tetapi disebabkan x tahan dgn si permaisuri labah2 aku ni asyik buat perangai ( selagi x dapat, dia akan buat hal, camtu tu ? ), terpaksalah aku ikutkan juga.Tetapi dengan satu syarat, kalau Naqib buat hal, kita keluar.Bila dia cakap ok aku on je.So kitorang g la tengok mlm minggu lepas kat TGV, Jusco Bukit Raja. Mak oi...q punye la panjang.Tetapi dah sampai, xkan nak balik kot.Nasib baik kaunter bukak banyak so xde la jenuh sangat beratur. Disebabkan dah lama x g tengok wayang aku x tau lak tiket dewasa sekarang dah RM14.Dulu masa aku selalu g tengok RM10 je.Biasalah semua benda naik.Air hujan aje yang turun.
Sebelum masuk, kena cukai dulu .Kena belikan dua beradik tu pop corn dulu.Kata Sarah,barulah rasa feel nak tengok wayang.Amboi..banyak songeh lak.Nasib baik Naqib ok kat dalam tu.Agaknya dia teruja kot tengok tv besar dgn sound yg kuat.So dia ok la duduk diam kat seat dia.Aku mmg belikan satu tiket untuk Naqib.Maklumlah Naqib ni sukar diramal.Nanti dibuatnya dia xnak duduk atas riba,masalah lak.So sebagai langkah berjaga2, belikan aje.Ala baru RM8 untuk budak2 ( maklumlah org kaya, apa ada hal ..).
Ok berbalik kepada Nur Kasih,bagi aku filem ni biasa2 aje.Lagi best tengok drama bersiri Nur KAsih.Maybe sbb dlm drama tu ada "watak jahat" Sarah ( adik Nur Amina ) yg membuatkan aku rasa mcm hidup Nur Amina ada banyak ujian.So ujian tu lah yg menjadikan watak Nur Amina hebat, sehebat drama Nur Kasih.Cuma sebagai pompuan, ada jugak la part2 yg menyebabkan aku mengalir air mata.Maklumlah naluri seorang pompuan ni kan sensitif. Rasanya kalau buat telefilem "Norlida The Movie " lagi best kot.Tetapi,ada ke org nak tengok.??
Sarah puas ati la dpt tengok Nur Kasih The Movie.Katanya nanti nak tengok citer lain lak sebab Naqib x buat hal dlm panggung.Amboi terlebih sudah..



Sunday, May 22, 2011

Berbaloi sudah...

Kisah K.A.M.I yang betul2 dah basi ataupun dlm istilah mengelikan " sampai dah berair la basinya tu"...Tapi aku nak citer gak kat sini.Cer citer..cer citer..

Begini citernya...hampir dua bulan aku terkejar terlari untuk Sarah. Dia terpilih wakili Tabika dia dlm netball. Memang la org kata, budak kecik macam Sarah xyah la beria2 sangat.Tapi bagi aku, dlm umur mcm Sarah ,ia adalah permulaan yang baik.Mana tau ada bakat Sarah yg terpendam yg aku sendiri sebagai seorg ibu xtau.Bagi aku , kalau untuk ke jalan yg baik, x salah kalau bagi sokogan. So, sebagai sokongan untuk Sarah, aku sanggup buat apa sahaja. Penat & letih memang x payah citer la.Tepat jam kul 4.50 ptg, aku dah resah takut aku ada keja last minute yang perlu disettlekan.Takut terlambat amik Sarah.Lambat bermakna Sarah ketinggalan.Kadang2 kesian jgk aku tengok dia,terpaksa warm up sorang2 sbb aku terlambat sedangkan kawan2 yang lain dah ready di tengah padang.Tapi Sarah tak penah bising.Katanya asalkan aku bagi dia main netball, dia dah cukup seronok.Anakku...kau terlalu baik.
Dan Sarah serta kawan2nya tak menghampakan kami. Alhamdulillah..juara milik team Tabika Sarah. Rasanya semuanya berbaloi dgn kerja keras mereka.

Bangganya Sarah dgn medal yang dia dapat.Ini satu permulaan yang baik.
Menang dan terus menang.........




Monday, May 2, 2011

Epy besday papa..

Tambah lagi satu angka...umo papa dah 31 thn. Dah semakin tua ye papa.So xyah bising la dgn uban yg dah tumbuh melata kat rambut tu.Kira standard la, org dah tua kan...
Untuk besday papa kali ini, kitorang tempah sehelai t-shirt untuk papa. Tapi aku rasa mcm x puas ati aje dgn wording kat baju tu. Ntah apa ntah yg aku create. Masa design, idea itu je yg terlintas kat kepala.Tapi bila dah siap mcm2 idea lak yg kuar.Tak tau la papa suka atau tidak sebab aku plan nak bagi t-shirt utk papa mlm ni. Tak kisah la kan,suka atau tidak yang penting Hati Mau Ikhlas....( ayat nak sedapkan hati la ni )
P/s : K.A.M.I sayang papa selama-lamanya...

Thursday, April 21, 2011

Gelagat Anak2...

Alahai anak2..dah besar mcm2 la ragam diorang.Kadang2 bila dikenangkan rasa kelakar pun ada.Betullah kata orang, anak2 ni ibarat penghibur.Telatah diorang boleh buat kita ketawa..Contohnya mcm malam semalam, aku sibuk2 lipat kain, Naqib datang ngacau.Habis kain yang aku lipat dipunggahnya.Kalau mcm ni, bilalah keja aku boleh settle. Geram punye pasal, apa lagi aku amik sepit baju tu...mula2 aku sepit kat telinga dia.Ingatkan dia akan menjerit sebab sakit, rupanya makin seronok lak.Siap boleh gelak2 lagi..lepas tu aku sepit kat bibir dia pulak,Lagi dia seronok.Alahai..si Naqib ni, xkan lah x sakit langsung.Kebal benar badan dia.Agaknya dia memang kebal kot,maklumlah anak lelaki... Bila Sarah tengok adik dia syok aje dgn sepit baju tu,dia pun nak join gak.Tetapi biasalah anak pompuan, naluri takut2 still xleh hilang.Aku boleh perasan la Sarah still takut2 bila aku sepit dia.Agaknya dia ingat best sangat kot kena sepit.Bila dah kena, sendiri mau ingat la...





Monday, April 18, 2011

Besday Adam Naufal

Untuk besday Adam yang ke-3, P.Nor buat kat Tasik Shah Alam.Katanya saja seronok2 sambil dapat kumpul ramai2. Ye la..nak dapat peluang mcm ni bukannya senang.Kiranya kalau xde hal yang penting, jangan mimpi la dapat kumpul ramai2.Maklumlah masing2 sibuk dengan urusan masing2.Kiranya aku salah seorang la yang tergolong dalamkategori tu.Sibuk memanjang...
So sempena besday Adam kali ni..Achik ( panggilan anak buah utk aku ) doakan semoga Adam jadi anak yang soleh & jgn melawan ckp Papa & Mama ye...

Kek besday Adam..kek Thomas & Friends. Aku tak tau la pulak anak buah aku ni minat dgn Thomas.Nampak benar makcik Adam ni tak prihatin dgn minat Adam.Malunyeeee...Sarah pun menyibuk jugak. Dia yang beria2 lak potong kek
Posing depan kek
Best gak dapat kumpul ramai2 macam ni..


P/S : Best jugak kalau aktiviti2 mcm ini jadi aktiviti wajib bulanan. Boleh diterima ke idea ni? Xpe..nanti kita antar proposal.Mana tau kalau ada yang setuju kan....?





















Lepak2 @ Tasik Shah Alam

Dah lama x lepak kat Tasik Shah Alam...maklumlah sekarang dah jadi org Selangor ( siap ngaku jadi org Selangor tu, ini dah kira kes murtad negeri ni ), kiranya dah x heran la dgn Tasik Shah Alam.Kalau nak g PD ke, Melaka ke, barulah beria2 ckit. Senang citer la, Tasik Shah Alam ni kira port last yg dituju kalau dah x tau nak g mana2. Kebetulan last week, P.Nor buat besday utk Adam kat situ, so sementara nak tunggu diorang sampai, kami lepak2 la dulu sambil berkejar2an ( kasi berpeluh ckit, lepas x yah la nak berangan nak g sauna). Best la jugak, sambil menghirup udara petang di Tasik Shah Alam, boleh lah release tensen...


Anak2 seronok la dapat tukar angin.Selalunya tiap2 minggu asyik g shopping complex, x dapat udara segar. Kalau g shopping complex utk shopping x pe la jugak, tapi cuma window shopping je.Mana best mcm tu. Nak buat mcm mana, itu aje yang mama mampu bagi.Sabar aje la...



Sunday, April 17, 2011

Bersawangnya...

Adusss...apa dah jadi ni? Dah lama benar x bersihkan 'rumah' ni. Dah bersawang tahap gaban ni.Gerenti lepas ni Gaban pun tak nak masuk 'rumah' aku lagi. Apasal jadi macam ni...? Busy bebenor ke ? Busy la jugak...banyak keja kat opis, menyalahkan manager yang gaji berjuta2 rupiah. Kalau dah balik umah, sibuk dengan kerja2 kat umah yang tak pernah abis.Kiranya bibik Indon pun tabik la...banyak benar keja yang nak kena buat kat umah. Bezanya bibik tu cukup bulan dapat gaji. Macam aku ni, harammmm... Makin keluar duit adalah.Itu adatlah orang yang dah berumahtangga..., RM 1 bkn untuk aku sorang saja tetapi kena dikongsi dgn suami dan anak2. Tak apalah Ida...itu saham untuk dibawa ke sana nanti. Yang penting...ikhlas. Dah tu? X reti2 lagi ke..bersyukurlah dengan apa yang ada. O.K, berbalik kepada citer 'rumah' ku ni...bukan x ada hiasan yang dimasukkan, tetapi sebab Ida ni busy sangat, so hiasan tu mcm dah lapuk la nak dimasukkan sekarang.Kiranya old fashion la. Tetapi x pe, Insyaallah jikalau berkesempatan, aku akan cuba buat apa yang patut dengan 'rumah' ni. Bukan apa kalau dah lama x masuk 'rumah' ni, nanti SINI ADA HANTU pulak. Takutttttttttt...

Thursday, March 3, 2011

Alphard Pok Aja

Pok Aja beli Alphard? Biar betul...Setahu aku la, abang aku tu xde la kaya sangat sampaikan mampu beli Alphard. Bila semua family aku kecoh pasal Alphard Pok Aja, so aku pun terpanggil la nak tengok mcm mana agaknya rupa Alphard Pok Aja ni.Dia pakai Alphard warna apa? Apa nombornya? Alphard baru atau pun 2nd punye?Berapa harganya? Amboi banyak benar soalannya. Maka inilah jawapannya....
Jeng...Jeng...Jeng..
Inilah Alphard Pok Aja. Warna Putih dan Nombornya TL 3111. Yang pasti 2nd ..dibeli dgn harga rm100k, opssssssss silap...RM 10k aje.
Sakan benor Ayie posing kat dalam Alphard Pok Aja.
Best gak naik Alphard ni. Semua berebut nak naik Anak dara aku pun join gak.
Tak pelah, ini aje rezeki yang ada. Mana tau, masa akan datang Pok Aja dapat beli real "Alphard", barulah terbeliak bijik mata aku.Agaknya masa tu akulah org pertama yang nak naik Alphard Pok Aja.




Bestnya naik bot

Dah kenyang makan2, rasa macam nak naik bot lak. Nasib baik mood papa ok ari tu, bolehlah naik.Kalau tidak, hampeh je la. Agaknya bot ni Antan Batura punye jgk kot ( aku agak la).Kaya betul la Tuan Haji Kechik ni. Nama aje "KECHIK" tapi duit dia " BESAR" ( alamak dah over mulut aku ni,ampunnn.. ).
Ok gak naik bot ni, at least merasa gak Sarah dgn Naqib naik bot. Selalu kalau balik kampung, tak dapat naik bot sebab papa x bagi keizinan.So bila kali ni dapat line clear, on aje la.

Bayaran untuk naik bot ni :
Dewasa - RM 5
Kanak2 ( 3 th ke atas ) - RM 3

Mahal ke? Aku rasa xde la mahal sangat.Lagipun kitorang dpt keliling satu Tasik Shah Alam. Best....
Apa lagi, layanzzzzzzzzzz aje la aksi2 kami










Lepak2 @ Antan Batura

Ini kali ke-2 aku g makan kat Antan Batura ( area Tasik Shah Alam ) ni. 1st time g dgn bos.Time tu org belanja, so x kisah la nak g mkn kat mana.Janji perut kenyang. Lepas tu aku langsung x g lagi.Bukan apa, takut kena ketuk giler2.Nanti sekali dapat bil, mau terduduk nak bayar. Nak kata tempat dia eksklusif sangat, xde jugak. Tetapi biasa lah, tempat2 mcm ni yang kita x pasti pasal harga, mesti risau gak.Takut lepas makan nanti kena cuci pinggan lak sebab x mampu nak bayar bil.
Entah mcm mana aku boleh tergerak hati untuk ajak papa g Antan Batura. Kebetulan ari tu besday Sarah. So kira belanja Sarah la.Tak pe la..sekali-sekala, bukannya selalu pun.
Signboard Antan Batura.Kalau lalu kat Tasik Shah Alam, nampak signboard ni..singgah2 la.Rasakan kelainan kat Antan Batura.Sambil makan bolehlah menikmati pemandangan di Tasik Shah Alam


Papa order aiskrim.Yummy...
Tapi anak dara lak yang lebih2. Sarah yang 'rasmikan' dulu


Pemandangan di dalam Antan Batura
1) Kalau rasa nak duduk kat meja, boleh pilih yang ini...
2) Kalau nak rasa suasana makan bersila, boleh pilih yang ni....

Dan setelah selesai makan, time dapat bil tu xde la rasa mahal sangat makanan kat sini. Kira standard kedai2 makan biasa la. Cuma aku aje yang cuak tak tentu pasal.Nanti nak g sana lagi la. Nak suruh Tuan Haji Kechik ( owner Antan Batura ) bagi diskaun best2 lagi. Kalau nak belanja terus lagi ok. Dapat makan free...


Thursday, January 27, 2011

Karenah Naqib..

Lately ni aku xtahan la time nak tdokan si Naqib. Rasanya mau bergegar tempurung kepala aku. Apa taknya...setiap kali nak tdokan dia, dia akan tarik rambut aku. Agaknya nak bagi "ralit" kot. Bukannya tarik2 manja..mcm nak tercabut gak rambut aku dibuatnya.Seksa aku akan tamat bila dia dah terlena sbb time tu secara automatik tgn dia akan terkulai.Lega la sekejap. Malam besoknya berulang lagi.Adusss...tak sanggup mama. Tapi kalau xnak tdokan dia, mcm mana dia nak lena. Kalau xlena, aku lak xleh tdo. Arghhhh..lagi tensen. Agaknya mcm mana la mak aku tdokan aku dulu.Agak2 terseksa camtu gak ke? Malas la nak tanya.Nanti byk lak citer negatif yg kuar, aku lak yang tak sanggup nak dengar.
Makanya...terpaksa la aku menahan sabar dgn karenah si Naqib ni.Takkan la aku nak botakkan kepala lak? X logik langsung.Potong rambut..? Maybe la , tapi rambut still ada, so dia boleh tarik gak.So kesimpulannya sabar aje la Ida....

Tuesday, January 25, 2011

Papa belanja pizza...

Petang semalam aku sampai umah lambat ckit. Sarah xde Kelas Iqra, so xyah la nak rushing sangat. Sambil lenggang2 kangkung nak ke dapur, papa tanya nak mkn apa mlm ni? Nak mkn apa lagi, mkn nasi la.Dah memang perut Melayu. Papa nak mkn pizza lak, katanya mengidam. Aku 'on' aje la, xyah masak.Best.....

Sebelum makan, kena la pose dulu. PEACE...PEACE....kacang pis




Monday, January 24, 2011

Setelah 3 tahun....

Setelah 3 tahun , bumi Cameron aku tak jejak..
Dah lama aku tak ke sana rupanya. Rasa rindu kat strawberi coklat, ladang teh dah x boleh dibendung lagi. Nak g sana jugak,x kira la ada duit ke tidak ( duit mmg selalu x cukup,so klu nak tunggu ada duit cukup, smp bila2 pun x p ). Kebetulan lak papa bagi kias2 boleh g bercuti. So survey aje tempat yang nak g. Peluang ni...apa lagi sudah pasti Cameron ranking teratas walaupun terpaksa bersaing dgn PD & Melaka. Alhamdulillah tertunai gak hajat aku.
Papa sibuk nak amik gambar kat sini. Katanya, sebagai bukti dia dah g Ladang Teh kat Cameron. Padahal cuma minum secawan teh aje..

Geram betul tengok kaktus kat sini.Nak borong kaktus, xtau nak letak kat mana lak.Nanti nampak semak lak kalau x disusun betul2.Tunggu aku ada "Laman Seri", baru bole sembang pasal kaktus.


Sarah sibuk nak petik strawberi. Rugi kalau g Cameron tapi x petik sendiri strawberi walaupun pada mulanya papa malas nak layan. Tapi bila Sarah dah buat perangai, terpaksa jugak papa layanzzzzzzzz....

P/s : Ada rezeki nak g lagi la.Tapi xde la tunggu smp 3 tahun lagi.Tengok la rezeki mcm mana....