Thursday, September 22, 2011

Di penghujung raya..

Hari genap la 25 Syawal 1432, bermakna dah 25 ari umat Islam menyambut Hari Raya. Weekend ni, gantung kuali lagi..banyak open house nak kena pergi. Semua berebut2 nak buat open house weekend ni, maklumlah mengejar Syawal yg masih ada. " Open House" dah jadi trend sekarang, sampaikan kalau kita ajak sesiapa datang ke rumah kita sempena raya ni, pasti soalan pertaman yang keluar " Ada buat open house ke?" ... Ada ke patut tanya macam tu. Abis tu kalau tak buat Open House, tiada sesiapa la nak datang umah kita. Memang tak salah nak buat Open House, at least boleh jamu tetamu dengan makanan yang special sikit asalkan masih mengekalkan konsep ziarah menziarahi di samping memohon kemaafan sempena Syawal yang mulia. Tetapi orang sekarang cuma ingat, open house utk makan aje. Kalau setakat hidang biskut raya, baik x payah buat open house. Inilah mentaliti orang kita. Bukan apa, takut tradisi ziarah menziarahi semakin hilang kalau kita masih mengekalkan tabiat "Raya la umah orang tu, dia buat open house? "
Pendek kata, Tepuk dada tanya akal...

No comments:

Post a Comment