Sunday, May 22, 2011

Berbaloi sudah...

Kisah K.A.M.I yang betul2 dah basi ataupun dlm istilah mengelikan " sampai dah berair la basinya tu"...Tapi aku nak citer gak kat sini.Cer citer..cer citer..

Begini citernya...hampir dua bulan aku terkejar terlari untuk Sarah. Dia terpilih wakili Tabika dia dlm netball. Memang la org kata, budak kecik macam Sarah xyah la beria2 sangat.Tapi bagi aku, dlm umur mcm Sarah ,ia adalah permulaan yang baik.Mana tau ada bakat Sarah yg terpendam yg aku sendiri sebagai seorg ibu xtau.Bagi aku , kalau untuk ke jalan yg baik, x salah kalau bagi sokogan. So, sebagai sokongan untuk Sarah, aku sanggup buat apa sahaja. Penat & letih memang x payah citer la.Tepat jam kul 4.50 ptg, aku dah resah takut aku ada keja last minute yang perlu disettlekan.Takut terlambat amik Sarah.Lambat bermakna Sarah ketinggalan.Kadang2 kesian jgk aku tengok dia,terpaksa warm up sorang2 sbb aku terlambat sedangkan kawan2 yang lain dah ready di tengah padang.Tapi Sarah tak penah bising.Katanya asalkan aku bagi dia main netball, dia dah cukup seronok.Anakku...kau terlalu baik.
Dan Sarah serta kawan2nya tak menghampakan kami. Alhamdulillah..juara milik team Tabika Sarah. Rasanya semuanya berbaloi dgn kerja keras mereka.

Bangganya Sarah dgn medal yang dia dapat.Ini satu permulaan yang baik.
Menang dan terus menang.........




Monday, May 2, 2011

Epy besday papa..

Tambah lagi satu angka...umo papa dah 31 thn. Dah semakin tua ye papa.So xyah bising la dgn uban yg dah tumbuh melata kat rambut tu.Kira standard la, org dah tua kan...
Untuk besday papa kali ini, kitorang tempah sehelai t-shirt untuk papa. Tapi aku rasa mcm x puas ati aje dgn wording kat baju tu. Ntah apa ntah yg aku create. Masa design, idea itu je yg terlintas kat kepala.Tapi bila dah siap mcm2 idea lak yg kuar.Tak tau la papa suka atau tidak sebab aku plan nak bagi t-shirt utk papa mlm ni. Tak kisah la kan,suka atau tidak yang penting Hati Mau Ikhlas....( ayat nak sedapkan hati la ni )
P/s : K.A.M.I sayang papa selama-lamanya...