Friday, November 13, 2009

Jalan2 ke Melaka

Citer yg dah hampir basi...
Dah lama tak g bercuti, so time ada bajet lebih sikit ni bolehlah bawak family g jalan2. Kebetulan aku dah lama x g Melaka, so aku proposed la nak ke sana. My hubby cakap ok..maka berangkatlah hulubalang-hulubalang ke negeri Hang Tuah. Malas nak celoteh byk.korang tgk aje la gambar2 kenangan yg sempat aku rakamkan.Semoga berpuas ati....

Taman Rama-Rama & Reptilia


Banda Hilir




MITC Hotel



Zoo Melaka



Tamatlah sudah catatan percutian kami ke Melaka.Ala...tengok gmbar pun korang dah boleh tau aktiviti dan tempat yang kami pergi sepanjang berada di Melaka. Tapi kalau ada rezeki nak ke sana lagi.Aku teringin nak g Taman Mini Asean.Ari tu x sempat nak g.Kalau ada kesempatan aku nak ke sana lagi.Insyallah...



















Tuesday, November 10, 2009

Penatnya....

Sekarang ni tahap keletihan aku dah sampai ke tahap kritikal. Semua kerja tak settle. Asyik2 penat, asyik2 penat. Pelik betul aku. Orang lain pun kerja jgk. Tapi kenapa orang lain ok je, aku lak yang ntah apa2 ntah. Mcm mana nak buat ni??? Kalau asyik ikutkan keletihan aku ni, sampai bila2 la satu benda pun tak siap. Kerja opis menimbun, kat umah lagi la tak payah citer..Mau giler kalau aku ikutkan hati dgn perasaan aku ni. Bukan apa, sampai umah aku dah penat. Mata ni dah tak larat nak bukak lagi. Jauh sekali nak memandang baju2 yg berlonggok tak dilipat, rambut2 plus habuk2 yang bersepah kat lantai. Si naqib yang mintak dibelai, sarah yang asyik merenggek mintak itu, mintak ini. Adusssss... penatnya. Sebab tu bila anak2 dah tdo, aku memang tak citer banyak la, terus join diorang. Bukan apa, besok nak keja lagi. Nanti tak larat nak bangun awal lak. Habis tu keja umah? Tangguh lagi la.. Ada masa buat la. Tapi dah pernah ada masa pun. Tolonglah camne nak buat ni.? Pening2................

Monday, November 9, 2009

Rabbit Farm

Aktiviti menghabiskan masa dan duit oleh kami sekeluarga.Actually tak tau nak g mana-mana, so kebetulan lalu kat Giant Sec 13 , Shah Alam nampaklah signboard Rabbit Farm. Selama ni aku tak perasan lak ada Rabbit Farm kat situ walhal tempat tu dah bukak start 30-05-2009. Betapa aku x prihatin betul dengan keadaan persekitaran di Giant Sec 13. Maka Sarah dgn penuh cerianya mengajak kami masuk ke situ.Harga tiket RM3 seorang.Takde apa yang best sgt sbb aku bknnya peminat rabbit. Masuk pun sebab nak puaskan hati anak dara aku tu.Kalau tidak, sampai besok belum tentu lagi manis mukanya....














































Thursday, November 5, 2009

Besday Nabil

Cepat benor masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah 6 tahun umur si nabil ni. Ari tu aku tengok dia kecik aje. Sekarang dah besor gagah perkasa. Maybe sebab bkn aku yg jaga nabil, so aku rasa cepat benor dia besor. Tetapi mak bapak nabil yg ari2 duk tatang dia mungkin rasa lambat benor anak dia nak besor. So ari tu che yah 'n' adjie jemput aku plus family g besday nabil. Actually nabil ni anak buah sebelah kakak ipar aku. Kiranya ipar duai punyer story la. Malas la nak kaji salasilah, mcm buat Kajian Sejarah Tempatan lak. Apa lagi, jom join aku ....

Kek besday utk nabil. Yummy...yummy...yummy...

Walaupun penat mengendong naqib, tapi tetap tersenyum.redhalah katakan....

Tiup jgn x tiup.....Nabil 'n' Family ( Nabila, Che Yah 'n' Adjie )

Pok Aja pun turun dari Tganu....

Naqib duk mgatal dgn anak dara org.Baik2 naqib, mak dania ada kat sebelah tu.






Tuesday, November 3, 2009

Kenangan Terindah


My Wedding ( 29-05-2004 )
Kalau dah jodoh, tak ke mana...
Doakan kebahagiaan kami hingga ke akhir hayat.Amin.....



Lega... Senyuman manis setelah selamat diijabkabulkan


Lentok jgn tak lentok, x pe dah halal..tak de org nak marah


Saje nak bagi flower girls glamer. Bukan orang lain pun, anak buah aku jugak


Majlis Bertandang kat Klang

Anak-anakku Baby Kiko


" Anak-anak Mama ada dua orang, satu laki-laki dan satu perempuan....."

Lagu nyanyian versi Tadika Intan Bistari, Klang yang telah diubahsuai. So korang mesti dah tau la yang aku ada dua orang anak. Jeng...Jeng...Jeng... inilah gambar anak-anakku yang comel-comel belaka.

Yang pertama : Wan Sarah Sabrina ( 4 Tahun La )
Lahir pada 27-02-2005 kat HTAR , Klang dgn berat 3.2 kg






Yang Kedua : Wan Naqib Na'imullah
Lahir pada 13-06-2009 kat Klinik An-Nur, Shah Alam dgn berat 2.98 kg