Wednesday, December 30, 2009

Aktiviti Melayan K.ya, Anith & Ain

K.ya and adik2 mesti datang umah aku time cuti sekolah especially cuti hujung tahun. Best time diorang datang, sebab aku boleh tumpang sekaki... G jalan2. Maklumlah cik abang aku bukannya rajin sangat kalau diajak berjalan. Sobila diorang datang, cik abang macam askar jepun kena paksa. Tunduk aje ( angguk sebab setuju kot ?), jadi driver kitorang. Nasib baik time tu boleh pinjam pajero abg jatt. Kalau tidak dah macam sardin kitorang berhimpit dalam "Vellfire" aku tu.Kata Vellfire, apsal sempit lagi.Bukankah Vellfire tu dah cukup besar? Sebabnya kereta aku bukan ori Vellfire. Kereta aku cuma Vellfire_Iswara je..


Hari Pertama - Kitorang g Rumah Empat Musim kat Bukit Cerakah. Konon nak tengok salji.Itulah dulu tak nak belajar rajin2. Kalau tak, dah tentu dapat merasa sejuknya salji.Dapat baling2 salji. Seronoknya..tapi Itu semua mimpi la. Kecuali aku dah betul2 kaya, boleh g holiday
kat negeri omputih tu. Tapi x tau la bila...????


Ok.., back to reality. Kami mulakan perjalanan ke Rumah Empat Musim . Nasib baik ada perkhidmatan bas, free pulak tu. Kalau tak mau berpeluh jugak ketiak aku nak sampai ke situ.





Bestnya naik bas. Semua mcm jakun aje. Dalam bas pun sibuk nak berposing. Takpe.untuk kenangan...


Dah sampai pun. Posing dulu. Bagi semua orang jeles. Hehehe...


Sejuknyeeee.......



Macam2 gaya....Apa2 pun kami semua happy


Hari Kedua - Banyak sangat kenduri kawin time cuti sekolah. Sebab sibuk dengan kenduri, x dapat bawak budak2 tu g jalan2. Just sempat berendam kat Akuatik Shah Alam.

Enjoyyyyy............








Hari Ketiga - Pok Lim belanja g Petrosains.







Itu saja untuk laporan untuk lawatan K.ya dan adik2. Semoga datang lagi. Nanti kita g jalan2 lagi. Next time kita g tempat lain lak. Insyaallah...

Selamat Datang Tahun Baru 2010

Kalendar 2009 dah boleh buang. Sekarang kena belek kalendar tahun baru lak.Seperti biasa la, bila tahun baru menjelma semua pasang azam baru. Aku pun ada jgk azam baru. Maklumlah kena la ikut trend. Tiap2 tahun pasang azam baru, tapi x pernah pun berjaya. Dahlah tak berjaya, x de rasa bersalah langsung.Teruk betul ida ni...

APA-APA PUN, untuk 2010 ni aku tetap pasang azam baru. Kali ni aku betul2 nekad, Insyaallah penghujung Disember 2010 azam aku akan tercapai. Nak tau apa azam aku? Apa lagi, aku nak clearkan semua hutang yang x langsai2 lagi. Pening woiii...selagi hutang2 tu ada, mau pecah tempurung kepala lutut aku memikirkannya. Nak berjalan pun sakit.. Semoga tahun ni aku hajat aku tercapai la.


Kalau dah dapat settlekan semua ni , tahun 2011 barulah boleh pasang azam lain lak. Harap2 dengan bantuan cik abang tersayang, azam aku akan tercapai. Apa yang penting
" KERJASAMA" ( Hidup Wonderpets )