Tuesday, March 5, 2013

just S.H.A.R.E.

Kita ni memang selalu x pernah terlepas daripada rasa yang diri kita ni bagus. Tetapi jangan lah terlalu memandang langit sampai lupa rumput di bumi.Jangan terlalu fikir diri kita ni bagus sangat sampai pendapat & tunjuk ajar orang lain langsung kita x nak dengar.Payah2....

Bukan lah nak mengumpat, tapi just nak share...Tak semestinya org yg bising, yg banyak bercakap tu pandai serba-serbi.Kadang kala apa yang dicakap tu xde isi penting pun.Merapu tak tentu pasal. Cuma kelebihannya pada mulut dia, bila dia bersuara...banyak benda yang disembangkan.Macam dia terer terlebey la .Konon....

Jangan anggap orang diam tu semuanya bodoh. Tengok pada keadaan la.Kadang kala, dia diam mungkin sebab memang dia x tau TETAPI kadangkala dia diam sebab dia sentiasa berpikir apa yang perlu dibualkan. Kiranya, diam2 ubi, BERISI....

Kepada org ni, apa yang aku nak ajarkan setakat mana yg aku mampu & yang aku tau. Bukan sebab nak tunjuk aku terer. Apa yang aku tahu,kenalah share & bagi aku ia berguna bila aku xde di sini nanti. Jangan nanti ada suara2 belakang lak yang bercakap, "  TAK DIAJAR PUN ". Mau gak aku hangin sebab org lain mesti pikir aku nak pandai sorang aje. Padahal xde pun, bukan luak pun kalau aku ajar. Lagi best kalu org lain pun leh praktikkan jgk.

BETUL KAN ?????

Tuesday, February 26, 2013

Sarah dah 8 tahun...


Dah 8 tahun umur anak dara ni rupanya.Sekejap aje masa berlalu. Kadang2 rasa x caya lak Sarah dah umur 8 tahun sebab sekali buat perangai rasa mcm budak umur 8 bulan aje. Betul tak anak mama????Tapi itu kalau time buat perangai, tapi kalau time tunjuk matang, mcm besok dah nak jadi isteri orang.Kikikiki.......
Sarah dah makin besar, banyak benda yang akan Sarah tempuhi. Kadang2 aku lak yang terlebih risau. Boleh ke anak dara aku menempuhinya dengan baik.Dunia sekarang penuh dengan pancaroba. Kecanggihan teknologi makin buat kita lalai.Namun mama doakan semoga Sarah dapat menempuhinya dengan baik.
 Besday kali ni, mama bagi bantal idaman Sarah. Mama tau sekarang Sarah asyik "gila" dengan Hello Kitty.Dah boring dengan Princess ye. Lepas ni,tidur peluk aje bantal tu.Tak payah nak gaduh2 dengan adik nak peluk mama. Awak tu dah besar, bau air liur basi pun dah tak best lagi.Kalau kecik2 dulu best la bau air liur basi,rasa macam jeruk asam lak. Sekarang....??? tak daya mama nak cium, jangan mareeeee.....
Untuk anak mama, Wan Sarah Sabrina..... tanggungjawab mama di dunia ini akan mama laksanakan selagi yang mama mampu, Insyaallah... Nanti Sarah tolong mama pulak ye, macam yg mama selalu cakap kat Sarah, mama tak nak duit Sarah, cukuplah kalau Sarah tolong terangkan kubur mama & papa dengan doa dah sedekah bacaan Al-Quran . Mama tau Sarah boleh tolong mama & papa.

Terima Kasih Sayanggggggggg....

Permulaan 2013

Jodoh Pak Aja Dah Sampai..
  
Sekian lama menanti, kitorang tunggu gak sapa yang pegang KUNCI HATI Pok Aja, akhirnya 10.02.2013 semuanya terjawab. Rupanya Aziliana yang pegang kunci selama ini.Dalam usia 40 tahun baru pintu hati dia terbuka untuk kahwin. Sudah sampai masanya, itu dah ditetapkan jodoh untuk dia.
 
Mungkin ada hikmahnya Pok Aja accident pada ujung tahun 2012. Bila dah sakit, barulah dia tau betapa pentingnya ada seorang perempuan dalam hidup dia.Seorang perempuan untuk jadi kawan, jadi nurse dan segala2nya.Adik-beradik memang boleh membantu menjaga Pok Aja, tetapi manakan sama kalau isteri sendiri yang jaga.
 
Walaupun majlis terlalu simple, just untuk  Akad Nikah sebab Pok Aja masih belum pulih sepenuhnya,syukur semuanya berjalan lancar.Doa K.A.M.I semoga jodoh ini berpanjangan hingga ke akhirnya. Tumpang bahagia untuk Pok Aja & Kak Na.








 Kalau dah jodoh....

Monday, February 25, 2013

Alahai Lamanya....

Lamanya aku tak jenguk umah kesayangan ni....dah bersawang rupanya. Dah jadi umah tinggal lak. Nak jenguk selalu memang la x sempat. Ada masa aku cuba lah bersihkan sikit2. Bagi nampak cantik umah a.k.a temapt aku lepaskan perasaan & semua citer di sini. Nanti nak mintak tolong Omega Biru deko, bagi nampak berseri....

OK tak Omega Biru, leh tolongggggggg ?

Tuesday, February 28, 2012

Kisah 27.02.2012

Semalam besday Sarah...dah 7 tahun anak mama kenal dunia yg fana ini. Ini baru peringkat pertama sayang...Sarah akan lalui mcm2 pancaroba hidup di masa akan datang. Sebagai seorang ibu, tugas mama ialah memantau, mendidik & membimbing Sarah agar Sarah tidak terpesong dari landasan hidup yang sebenar.


Semalam,aku try ajar Sarah berposa di hari jadinya. Aku pernah terbaca satu artikel kalau kita berposa di hari jadi kita, InsyaAllah dosa2 kita akan diampunkan. Alangkah indahnya kalau Sarah dapat lakukannya di usia semuda dia. So, sebagai galakan aku & papa posa gak. At least Sarah rasa ada orang yang temankan dia berposa. Bagi semangat sikit...

Jam 11.45 aku call Sarah, time tu dia baru balik dari Sekolah Agama. Alhamdulillah..... " kakak posa mama" , katanya.Itu pun dah demand nak berbuka posa kat Naili's Placa, Sentul."Kalau papa OK, kita g", itu aje jawapan aku. Maklumlah semua kena ikut bos.Dalam hati rasa seronok la, Sarah tahan dugaan berposa. Petang tu aku jemput dia dari MGS, nampak la muka lesunya. Bila aku tanya posa katanya. Tambah hepi dia bila aku bgtau boleh berbuka posa kat Naili's. TETAPI.....

Hari ini, kegembiraan aku tergugat bila aku check beg sekolah MGS dia. " Napa botol air Sarah ni kosong?" Aku memang bekalkan dia air sebab aku takut dia berbuka di sekolah nanti. Mana tau dia tak tahan berposa. Bila aku terus-terusan tanya, barulah dia jawab " Kakak cuma minum, sebab mama cakap kalau x tahan boleh berbuka, tapi kakak tak makan." YA ALLAH....itu kiranya xposa la Sarah. Kenapa Sarah cakap Sarah posa. Sarah cuma diam tetapi aku memang xnak marah dia lebih2, takut nanti dia langsung tak nak posa. Rasa frust, sedih semua ada dlm hati aku. Tetapi aku cuba sorokkan sebab tak mau Sarah terasa. Sarah....mama tak marah kalau Sarah tak berposa , tetapi tolonglah jangan MENIPU. Adakah aku tersilap dalam mendidik Sarah? Ya Allah, bantulah aku....

Monday, January 9, 2012

Sarah Dah Darjah Satu...

Sekejap betul masa berlalu, sedar tak sedar Sarah dah masuk darjah satu. Alahai dah besar anak mama..maknanya mama dah tua la ye. Ala tua hanya sekadar angka, tul x.
Apabila Sarah dah mulakan sekolah, aku yang penat. Secara automatik jadual aku pun dah berubah. Jadual bangun pagi aku pun dah berubah.Pukul 5.30 am dah kena bangun. Kalau terlambat pasti kelam kabut. Yang pasti, kerja mendobi makin bertambah. Besarnya pengorbanan seorang ibu.Patutlah syurga itu di bawah tapak kaki ibu...


Sarah sekolah agama kat Sekolah Agama Sg Udang, Klang. Pukul 7.30 am masuk kelas, so paling lewat kul 7.15 am Sarah kena kuar dari umah. Kalau lambat, confirm jem..

Posing dalam kelas ( 1 Idris )
Bertudung dan kain hijau, itulah uniform sekolah agama



Untuk sekolah kebangsaan, Sarah sekolah kat Methodist Girls School Klang. Papa suruh Sarah sekolah kat situ, katanya bagi pendedahan kepada Sarah bercampur dgn bangsa lain.Maybe utk Sarah improve bahasa Inggeris. Tak kisah lah janji bercampur ke arah yang positif .
Dalam kelas ( 1 Mutiara )

Sekolah MGS, Sarah tak pakai tudung, tapi still berbaju kurung



P/s : Semoga anak Mama cemerlang dalam pelajaran dan perolehi result yg baik dalam setiap exam...










Wednesday, December 7, 2011

Sesat di Singapore...

Kata orang, uniknya Singapura.......................

Memang unik pun sampaikan aku boleh sesat kat pulau yg kecik tu. Planning Awal Muharram 1433 adalah nak ke Sentosa Island dan sebelah petang ke Orchard Road ( menikmati cahaya lampu time2 Krismas di Spore ). Tetapi disebabkan sedikit kesilapan yg papa lakukan ( sampai sekarang rasa geram lagi ) menyebabkan aku, anak2 & 3 org anak buah aku x dapat g Sentosa Island.

Kami pergi dengan 3 kereta ( kereta aku, abg & kakak ), disebabkan papa mmg tak tau bab2 jalan kat Spore maka kami suruh abg di depan, tengah kakak dan last sekali kami. Tetapi kat satu traffic light papa buat mcm jalan tu jalan kat KL je, dia g potong lampu kuning. Kami terlepas tetapi kakak x lepas. Abg aku sempat bhenti kat tepi jalan tetapi papa x leh bhenti sebab time tu bas lalu. Kami tersilap masuk jalan, so sampai ke sudah tak dapat jumpa diorang. Rooming lak xdapat. Frustnya.....

So utk mengubat ati ( xkan lah masuk Spore semata2 duk dalam keta aje kan), kami g la ke....
Dapat g Orchard Road jadilah, menikmati lampu2 cantik sempena Krismas


Senja di Orchard Road

Kat Klang xde Forero Rocher yg besar2, Spore ada....

Giler betul diorang kat patung2 ni, apa yg best ntahlah.Maklumlah aku bkn reti bab2 fesyen

Kepada Alyaa, Anith & Aisya, Achik minta maaf byk2 sebab x dpt bawak korang g Sentosa Island. Ada rezeki kita g lain kali ye. Insyaallah....