Saturday, February 27, 2010

Balik kampung. Hoorey........

Sempena cuti CNY ari tu, dapat la aku balik ke Terengganu. Kata orang, melepaskan rindu pada kampung halaman. At least dapat jugak aku aku cium dan peluk mak aku. Lagipun mak aku dah tak sihat. Nak berjalan pun terpaksa gunakan bantuan tongkat. Kesian kat mak. Tapi aku tau mak aku tabah orangnya. Tapi kadang2 orang tua ni ada jugak degilnya. Macam mak aku la, walaupun tak sihat tapi sibuk nak buat semua benda sendiri. Bukannya tak boleh mintak bantuan anak2. Entahlah....aku tua nanti pun tak tau la macam mana pulak. Asalkan mak bahagia dengan hidup dia, itu dah cukup bermakna.

Alang2 dah balik kampung, tak sah kalau tidak ke Pantai Batu Rakit. Buat apa kat sana? Apalagi kalau tidak menjamu mata dan perut la. Pekena ikan, udang & sotong yang semuanya bercelup tepung. Sedap sampai menjilat kuku....


Antara yang diorder:


Udang celup tepung

Udang dan ikan celup tepung

Tidak ketinggalan keropok dan sotong celup tepung. Semuanya yummy2

Aksi2 yang best..........


Aisya yang tengah kebulur...

Sampai berpeluh2 Marwan makan.



Enaknya menjamu selera..

Pok Nor dan Adam pun sibuk nak pose. Tak pe. bagi peluang..

Walaupun aku balik cuma sekejap, tapi aku puas ati. Sekurang2nya dapat jugak aku berkumpul dgn semua ahli kelurga aku. Peluang macam ni bukannya selalu aku dapat. Semoga ada kesempatan macam ni lagi. Insyaallah...

Weekend @ Genting


Catatan minggu lepas ( 20 Feb 2010 )


Lain yang dirancang, lain pulak yang menjadi...........

Sebenarnya ari tu aku nak ke Selayang, cari barang2 untuk besday Sarah. Entah macam mana sampai kat Batu Caves, tetiba papa bersuara :

Papa : Naik genting pun best jugak
Aku : Biar betul, x bawak apa2 ni

Papa : Ala koboi aje la, bukannya jauh sangat dari sini.

Aku : Suka ati la, bukannya mama yang bawak keta
( Sebenarnya dalam ati seronok giler, dah lama aku tak ke sana. Itupun g dgn papa masa zaman jahiliah dulu. Lama tu.. )

Sebab tak planning nak g sana, terpaksa la menahan kesejukan time berkabus sebab masing2 tak bawak sweater. Kesian tengok Sarah dan Naqib menahan sejuk. Si Naqib lagi la kesian, balik Genting aje terus batuk dan demam. Tak tahan dengan udara sejuk kat atas tu.

Aku masuk Outdoor Theme Park. Kalau tak silap, time aku g harga tiket RM 41 untuk Dewasa dan RM 26 untuk Kanak2. Kalau silap, sori la ye. Dah lupa la harga tiket tu. Tapi harga dia x lari byk la. Lebih kurang tu jugak. X pe janji semua enjoy.

JOM.......................

Melangkah masuk ke Outdoor Theme Park



Kat Beryl's Chocalate Wonderland




Pertunjukan ' Orang Api'


Naik Mini Train



Bestnya naik Gajah...


"Saya berani. Tak gayat pun"


Best jugak duduk dalam cawan ni.

Cepat2! Keretapi dah sampai

Sarah bersama badut bernama Lulu. Dapat belon lagi...

Enjoy la jugak aku tengok Sarah tu. Nasib baik Naqib kecik lagi. Kalau tidak mesti banyak benda yang diorang nak main. Macam Sarah banyak jugak dia x naik, takut katanya. So dia naik apa yang dia rasa syok je. Maybe bila adik dia dah besar, dia berani kot sebab ada kawan yang boleh temankan dia. X pe lah, budak2. Lain budak lain ragamnya..

Epy Besday My Princess.....


" Dah besar anak dara mama............"


Lima bertahun berlalu, rasa macam sekejap je. Rasa penat, lelah, suka & duka semua ada sepanjang bersama Sarah. Tapi bila tengok dia dah membesar, dah g tadika, dah boleh jadi kawan tempat bergaduh & berceloteh, segala rasa penat, lelah & susah payah membesarkan Sarah hilang macam ditiup angin. Itulah kasih seorang ibu, anak adalah penawar segala kesakitan...

Seperti tahun lepas, aku x buat apa2 majlis untuk Sarah. Just buat kat tadika aje. So Sarah dapat celebrate besday dia dgn cikgu2 dan kawan2 kat Tadika Intan Bistari. Tapi seperti biasa la, sibuk suruh belikan kek. Padahal Cikgu Sandra ( Pengetua ) dah tetapkan apa yang perlu dibawa.Maklumlah kali ini Sarah celebrate dgn 2 org kawan lagi yang mana besday diorang jatuh pada bulan Februari juga. Sepatutnya Sarah cuma perlu bawa buah-buahan, tapi sebab hajat dia nak bawak jugak kek ke sekolah, so aku belikanlah kek untuk dia. Takut kempunan lak...

Kek besday untuk Sarah. Kalau dah budak pompuan apa lagi watak cartoon yg diorang suka kalau bukan cartoon Princess, Snow White dan seangkatan dengannya.


Apa-apa pun kena belajar dulu, kalau tidak cikgu tak bagi potong kek.



Riang ria bersama kawan-kawan.


Bersama kek masing2, sabar menanti untuk tiup lilin dan potong kek. Tapi gambar tiup lilin & potong kek Cikgu Amy ( guru kelas Sarah ) tak sempat nak tangkap. Apa2 pun terima kasih banyak2 kat Cikgu Amy sebab banyak menolong Sarah.



Something special for Sarah . Storybook Pillow untuk hadiah besday Sarah tahun ini. Pink kaler lagi you...


" Saya dah 5 tahun.."


Semoga anak mama menjadi insan yang solehah dan berguna di dunia dan di akhirat. Doa mama mengiringi Sarah sepanjang hayat mama. Jadilah anak yang terbaik untuk mama dan papa. Insyaallah...