Thursday, April 21, 2011

Gelagat Anak2...

Alahai anak2..dah besar mcm2 la ragam diorang.Kadang2 bila dikenangkan rasa kelakar pun ada.Betullah kata orang, anak2 ni ibarat penghibur.Telatah diorang boleh buat kita ketawa..Contohnya mcm malam semalam, aku sibuk2 lipat kain, Naqib datang ngacau.Habis kain yang aku lipat dipunggahnya.Kalau mcm ni, bilalah keja aku boleh settle. Geram punye pasal, apa lagi aku amik sepit baju tu...mula2 aku sepit kat telinga dia.Ingatkan dia akan menjerit sebab sakit, rupanya makin seronok lak.Siap boleh gelak2 lagi..lepas tu aku sepit kat bibir dia pulak,Lagi dia seronok.Alahai..si Naqib ni, xkan lah x sakit langsung.Kebal benar badan dia.Agaknya dia memang kebal kot,maklumlah anak lelaki... Bila Sarah tengok adik dia syok aje dgn sepit baju tu,dia pun nak join gak.Tetapi biasalah anak pompuan, naluri takut2 still xleh hilang.Aku boleh perasan la Sarah still takut2 bila aku sepit dia.Agaknya dia ingat best sangat kot kena sepit.Bila dah kena, sendiri mau ingat la...





Monday, April 18, 2011

Besday Adam Naufal

Untuk besday Adam yang ke-3, P.Nor buat kat Tasik Shah Alam.Katanya saja seronok2 sambil dapat kumpul ramai2. Ye la..nak dapat peluang mcm ni bukannya senang.Kiranya kalau xde hal yang penting, jangan mimpi la dapat kumpul ramai2.Maklumlah masing2 sibuk dengan urusan masing2.Kiranya aku salah seorang la yang tergolong dalamkategori tu.Sibuk memanjang...
So sempena besday Adam kali ni..Achik ( panggilan anak buah utk aku ) doakan semoga Adam jadi anak yang soleh & jgn melawan ckp Papa & Mama ye...

Kek besday Adam..kek Thomas & Friends. Aku tak tau la pulak anak buah aku ni minat dgn Thomas.Nampak benar makcik Adam ni tak prihatin dgn minat Adam.Malunyeeee...Sarah pun menyibuk jugak. Dia yang beria2 lak potong kek
Posing depan kek
Best gak dapat kumpul ramai2 macam ni..


P/S : Best jugak kalau aktiviti2 mcm ini jadi aktiviti wajib bulanan. Boleh diterima ke idea ni? Xpe..nanti kita antar proposal.Mana tau kalau ada yang setuju kan....?





















Lepak2 @ Tasik Shah Alam

Dah lama x lepak kat Tasik Shah Alam...maklumlah sekarang dah jadi org Selangor ( siap ngaku jadi org Selangor tu, ini dah kira kes murtad negeri ni ), kiranya dah x heran la dgn Tasik Shah Alam.Kalau nak g PD ke, Melaka ke, barulah beria2 ckit. Senang citer la, Tasik Shah Alam ni kira port last yg dituju kalau dah x tau nak g mana2. Kebetulan last week, P.Nor buat besday utk Adam kat situ, so sementara nak tunggu diorang sampai, kami lepak2 la dulu sambil berkejar2an ( kasi berpeluh ckit, lepas x yah la nak berangan nak g sauna). Best la jugak, sambil menghirup udara petang di Tasik Shah Alam, boleh lah release tensen...


Anak2 seronok la dapat tukar angin.Selalunya tiap2 minggu asyik g shopping complex, x dapat udara segar. Kalau g shopping complex utk shopping x pe la jugak, tapi cuma window shopping je.Mana best mcm tu. Nak buat mcm mana, itu aje yang mama mampu bagi.Sabar aje la...



Sunday, April 17, 2011

Bersawangnya...

Adusss...apa dah jadi ni? Dah lama benar x bersihkan 'rumah' ni. Dah bersawang tahap gaban ni.Gerenti lepas ni Gaban pun tak nak masuk 'rumah' aku lagi. Apasal jadi macam ni...? Busy bebenor ke ? Busy la jugak...banyak keja kat opis, menyalahkan manager yang gaji berjuta2 rupiah. Kalau dah balik umah, sibuk dengan kerja2 kat umah yang tak pernah abis.Kiranya bibik Indon pun tabik la...banyak benar keja yang nak kena buat kat umah. Bezanya bibik tu cukup bulan dapat gaji. Macam aku ni, harammmm... Makin keluar duit adalah.Itu adatlah orang yang dah berumahtangga..., RM 1 bkn untuk aku sorang saja tetapi kena dikongsi dgn suami dan anak2. Tak apalah Ida...itu saham untuk dibawa ke sana nanti. Yang penting...ikhlas. Dah tu? X reti2 lagi ke..bersyukurlah dengan apa yang ada. O.K, berbalik kepada citer 'rumah' ku ni...bukan x ada hiasan yang dimasukkan, tetapi sebab Ida ni busy sangat, so hiasan tu mcm dah lapuk la nak dimasukkan sekarang.Kiranya old fashion la. Tetapi x pe, Insyaallah jikalau berkesempatan, aku akan cuba buat apa yang patut dengan 'rumah' ni. Bukan apa kalau dah lama x masuk 'rumah' ni, nanti SINI ADA HANTU pulak. Takutttttttttt...