Thursday, November 10, 2011

Hari ke-46 tanpa MAK....

Al-fatihah untuk arwah mak, Puan Shamsiah Mohd Rush.

Hari ini genaplah 46 hari mak pergi menghadap Ilahi. Rasa rindu pada mak masih kuat..kadang2 aku masih tak dapat terima kenyataan yang mak dah tiada di dunia ini. Mak pergi di saat aku masih perlukan nasihat & tunjuk ajarnya untuk membantu aku jadi isteri & ibu sebaik mak. Mak banyak menasihati aku, berSABAR dan terus berSABAR. Katanya itulah kekuatan kita sebab dia tak mahu anaknya jadi lemah. SABAR itu akarnya pahit, tapi buahnya lazat.Itu kata mak. Sesungguhnya semua itu ada kebenarannya.

Mak pergi tanpa sebarang isyarat, tanpa sebarang tanda yang menunjukkan dia akan pergi meninggalkan kami, anak cucunya buat selama-lamanya. Padahal semasa aku jumpa dia masa Aidilfitri lalu, dia mcm biasa aje.Masih boleh ketawa kalau ada apa2 yang mencuit hatinya, masih boleh komen pasal karenah anak2nya. Cuma masa aku mintak izin darinya untuk beraya di Klang lagi ( kepada yg tau kisah aku, mesti tau lah ..) tahun depan, cuma dia ada berkata " Rasanya raya tahun depan mak tak sempat ". Aku cakap kat mak, mak ni melalut aje. Rupanya itulah satu "hint" dari mak. Bodohnya aku sebab tak dapat tangkap maksud mak itu. Sakit mak hanyalah sebab dia tak lalu makan selama 2 ari...lps itu dia mintak dibawa ke hospital. Rupanya dia tak nak menyusahkan anak2. Dia tak sedarkan diri di hospital dan itulah penghujung nyawanya.Mak disahkan menghidap penyakit jantung.Selama ini aku tak tau pun mak ada penyakit jantung. Mungkin itu hanyalah satu sebab aje padahal yang sebenarnya masa mak dah sampai. Mak koma tatkala aku sampai di sisinya. Yang aku sempat hanyalah menatap & mencium wajah & tangannya yang waktu itu dah tak bergerak lagi.Cuma nasib aku agak baik sebab malam sebelum tu mak call aku. Agaknya dia dah ada rasa yang dia tak akan dapat mendengar suara aku lagi. Walaupun malam tu suara dia agak ke dalam, tetapi aku sememang tak syak apa2. Aku cuma fikir masa tu mak tiada tenaga kerana tak makan, sebab itu suara dia begitu. Aku suruh mak makan benda yang masam2 sikit, bagi tekak tu berselera. Katanya dah makan semua, tapi tetap macam tu. Selepas berbual lebih kurang 5 minit, dia letakkan telefon. Aku tak fikir apa2..cuma ingat besok pagi nak call mak balik, tanya khabar mak. Tetapi belum sempat aku call mak, adik aku bagitau mak kat hospital. Aku fikir maybe lepas masuk air, mak akan ok. Maklumlah masa bulan posa ari tu pun mak dah dimasukkan ke hospital sebab tiada tenaga. Jadi aku pikir lepas masa air mak akan ok dan dalam masa yg sama aku bersiap untuk balik ke kampung. Tak kiralah apa nak jadi sekalipun, aku mesti balik jugak. Tambahan pula adik dan abang suruh aku balik segera. Kata mereka, takut apa2 jadi kat mak, aku tak sempat nanti...Dalam hati TUHAN aje yang tau. Doa tak putus2 utk mak dan aku bernazar andai kata mak sihat, aku akan posa nazar selama seminggu. Untuk mak, apa2 pun aku sanggup lakukan. Namun kita semua hanya mampu merancang, dan TUHAN yang menentukan. Sudah sampai masanya untuk mak pergi dan seminit pun kita tak boleh nak tangguhkan. Mak pergi untuk selama-lamanya pada 26/9/2011 dan meninggalkan kami semua dengan kenangan bersamanya.
Al-fatihah untuk arwah Shamsiah Mohd Rush ( 1944-2011 )...Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.....