Wednesday, August 18, 2010

Almari kasut

Almari kasut oh almari kasut...

Almari kasut ni aku beli masa mula2 aku kawin dulu.Maknanya dah 6 tahun jgk la aku menggunakan khidmatnya utk menyimpan semua koleksi kasut ( koleksi ke, macam artis la pulak ) kami sekeluarga. Disebabkan kami sekarang dah berempat, maka ruangnya sudah tak dapat menampung koleksi kasut kami. Setelah pikir punye pikir, rasanya nak kena tukar jugak ni.Bukan sebab melupakan khidmatnya, tapi aku dah rimas tgk kasut yg bertindih2 kat dalam almari tu. Maka aku amik keputusan bagi aje almari ni kat Datin Faridah, sbb aku tau dia xde almari kasut lagi. Tetapi sebelum beli almari kasut baru, aku tanya dulu la sama ada Datin Faridah nak ke tidak almari lama aku ni. Lepas dia cakap ok ( maklumlah bagi free, lgpun kondisinye elok lagi pak ), barulah aku berani beli yang baru. Kalau tidak kat mana lagi la aku nak letak semua brg, maklumlah umah aku kecik je. Ala2 cukup untuk kami berempat je, kalau ada org lain datang, buat aje khemah kat luar. Begituh ibaratnya " kekecikkan " umah kami tu.Nanti kalau ada banyak barang, nak jalan pun susah...

Ok back to our story, dapat aje gaji apa lagi laju aje aku ajak papa survey almari kasut baru. Nak beli yang cantik tapi nak yang murah, mana nak dapat sekarang ni. So pusing punye pusing maka aku berkenan la kat satu almari kasut ni.Inipun kat kedai perabot kat umah Datin Faridah je.Punye jauh aku pusing, kat sini lak aku berkenan. Dah malas nak pikir lagi, maka inilah keputusan yang aku buat :
Almari kasut yang baru. Cantik tak ? Kat atas tu, saje la aku letak koleksi gelas World Cup McD papa yang dia collect masa World Cup dulu. Konon appreciate la dgn minat papa. Tapi ada satu gelas tu bukan World Cup punye tau.Entah bila masa dia sesat kat umah aku pun aku tak tau. Takpelah, bagi dia berkawan bersama kawan2 segelasnya.
Yang pasti setakat ini almari kasut ni masih ada ruang untuk menyimpan kasut2 kitorang. Semoga kau akan memberikan khidmat selama mana yang boleh. Malas dah nak beli2 almari kasut lagi.



Wednesday, July 7, 2010

12 & 13 June ....

Kira Berkongsi Tarikh Ler...
Mama - 12/06/1979
Naqib - 13/06/2009

Last year, inilah hadiah besday aku. Naqib lahir sehari selepas besday aku walaupun aku berdoa agar aku dpt lahirkan baby aku pada ari besday aku. Nak buat mcm mana kan, semua itu kuasa Yang Maha Esa. Janji selamat, Alhamdulillah....
Selepas setahun kelahiran Naqib, hidup aku semakin ceria.Walaupun penat dgn karenahnya, tapi gelak tawanya membuatkan aku bahagia.Aku tak bagi apa2 hadiah pun untuk Naqib. Rasanya dia terlalu kecil untuk menilai apa itu hadiah.Tak macam Sarah, si permaisuri labah-labah tu memang kena bagi hadiah setiap kali besday dia.Maklumlah sekarang Sarah dah pandai demand.Insyallah tahun depan Mama bagi hadiah untuk Naqib pulak...

1,2,3,4,5,6

6 tahun bersama...

29/5/2010 - dah 6 tahun rupanya aku kawin dgn papa. Maknanya dah 11 tahun la aku kenal papa. Ye ke betul2 kenal ni? Atau pun papa yang tak betul2 kenal dengan aku.Berbelit2...dah mcm ayat samy vellu lak . kadang2 makin lama kita kenal seseorang itu, sebenarnya makin byk lagi yang kita x tahu pasal dia. Habis tu nak buat camne? Buat bodoh aje...

Yang penting dalam 6 tahun bersama, aku tau apa erti sebuah kesabaran. Banyak pahala dapat kalu kita byk2 bersabar.Apa jua dugaan yang datang, sabar la menghadapinya. Akar kesabaran memang pahit, tapi buahnya manis...

Kemanisan yang aku dapat, buah cinta kami...
SI BUJANG DAN DARA

ANAK-ANAK...itulah penyeri sebuah rumahtangga. Ketawa dan tangis mereka yang membuatkan kita rasa BAHAGIA.......

Monday, June 21, 2010

Gempar....

Malam minggu tu, aku seperti biasa la...malas masak kat umah. So papa ajak g Giant Shah Alam. Makan kat foodcourt Giant pun best jgk.So ikut aje la.Dah kenyang melantak dan Sarah pun dah enjoy main2 kat situ, apa lagi angkat kaki la.Mata pun dah layu je.
Kitorang sampai umah lebih kurang kul 11 mlm. Setiap kali kitorang kuar mlm, papa akan masuk dulu, on lampu and spray nyamuk. Aku dan anak2 tunggu dalam keta.Tapi malam tu, tetiba papa kuar dan bersuara " Malam ni kita x boleh tdo kat umah kita". Aik..cuak jgk aku. Apa hal lak sampai x leh tdo kat umah sendiri.
Tetiba papa berbisik " Ada snake. " Alamak dia datang lagi. Hari tu papa dah nampak dia kuar dari lubang angin kat belah atas. Ingatkan dia x dtg lagi sbb papa pun dah bersihkan kat bahagian tepi umah.
Aku cuba call 999 mintak bantuan. Tapi diorang cakap itu kena call JPA. So diorang tolong sambungkan bantuan. Lepas 10 minit, sebuah van JPA dgn lebih kurang 6 anggota datang. Tambah best ,4 buah motosikal AJKK pun ada jugak . Mak oii..macam kes besar je.
Alhamdulillah, diorang dapat tangkap jugak ular tu. Bole tahan jgk pjgnya ekor dia. Ular senduk kata diorang. Ular baru nak nak meningkat naik. Lebih kurang ular remaja la.Nasib baik dapat tangkap, kalau tidak risau jgk aku. Takut apa2 jadi kat Sarah dgn Naqib.Syukur semuanya selesai. Harap2 ular tu tak datang lagi...

Tuesday, May 11, 2010

Ibu Oh Ibu...

" Ibu...ibu...Engkaulah ratu hatiku..

Mesti selalu dengar lagu tu. Yela selalu keluar kat TV. Promote susu Nespray lepas tu letak lagu tu. Sepatutnya dia iklan untuk breastfeeding barulah letak lagu tu. Itu baru betul. Original dari seorang ibu. Setitik susu yang mengalir dari badan ibu terlalu berharga. Kalau nak dijual pun, mampu ke nak beli. Lepas ni tukar iklan tu ( Mampus aku kalau2 ada yg mengamuk, pandai2 lak komen. Suka ati diorang la. Bukannya kacau duit ASB aku pun...)

OK la , kembali ke tujuan asal. Aku cuma nak ucap Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu,Mama, Mummy, Ummi, Mak dan apa saja gelarannya,namun yang pasti tujuan kita adalah sama. Sanggup berkorban apa saja demi anak2. Harta ataupun nyawa. Ingat senang ke nak jadi ibu. Kalau tak sanggup berkorban, jangan mimpi la nak jadi Ibu Mithali.

Bila dah jadi ibu ni, barulah aku tau betapa susahnya mak aku mengandungkan,melahirkan & membesarkan aku . Betapa besarnya pengorbanan mak aku nak menjadikan aku seorang MANUSIA. Dulu aku tak fikir pasal perasaan mak aku, macam mana mak aku bersabar dgn karenah aku ( maklumlah aku ni anak yang degil ),sekarang barulah aku sedar semua tu. Banyaknya dosa aku kat mak aku.Semoga mak aku ampunkan semuanya.

Menjadi mama kepada Sarah dan Naqib,betul2 mengajar aku apa makna dan peranan seorang "IBU". Menjadi pendamping kepada anak2 dan dalam masa yang sama menjadi pembimbing kepada anak2. Kalau tak betul caranya mau terlingkup negara. Betul tak?

So untuk ibu2, anggaplah apa yang kita korbankan ari ni adalah untuk kebahagian anak2 dan jangan mengeluh dengan setiap karenah mereka.

Juga untuk anak2, ingat jangan derhaka kepada ibu dan jangan lukakan hati mereka kerana bahagianya kita hari ini adalah kerana pengorbanan & penderitaan seorang ibu yang mungkin tidak kita fahami selagi belum bergelar ibu.

UNTUK ANAK-ANAK MAMA ( SARAH & NAQIB );
" Mama ampunkan semua dosa2 kalian dan mama halalkan setiap titik susu Mama yang menjadi darah daging kalian. Semoga anak-anak Mama dapat membantu Mama di akhirat nanti. Insyaallah. "

UNTUK BONDA TERCINTA ( PN SHAMSIAH MOHD RUSH )
" Ampunkan semua dosa2 Da pada mak sejak ari pertama Da lahir ke dunia ini. Halalkan setiap tegukan susu dari badan mak yang tidak mungkin dapat dibalas hingga hujung nyawa Da. Bahagia Da adalah dari doa2 mak.Terima kasih mak. "

" Hargailah Ibu Selagi Masa Masih Ada Kerana Ibu Adalah Segala-galanya. "
SELAMAT HARI IBU

Monday, May 3, 2010

Papa dah tua...


" SELAMAT HARI TUA PAPA TERSAYANG "

Hari ini umur papa dah bertambah 1 angka. So faham2 lah ye. Tua dah mengejar papa. Semoga dah bertambah usia, papa semakin matang ( bknlah cakap papa kebudak2an, cuma kadang2 papa mcm tak boleh berfikir panjang, semua benda nak dibuat terburu2 ). Tapi yang paling penting, bila umur dah bertambah tolonglah buangkanlah jauh2 perangai panas baran tu. Takut semakin tua, panas baran tu dah tak boleh dibuang dari diri papa. Boleh membahayakan orang lain dan diri papa sendiri.

Untuk papa tersayang :
" Mama, Sarah & Naqib tak dapat bagi apa2 special untuk papa. Cuma kitorang nak papa tau yang kitorang SAYANG BANGAT SAMA PAPA. "

Semoga papa bahagia selalu di samping kami ....

Wednesday, April 21, 2010

Boringnya hidupku.........

Minggu yg membosankan untuk aku lalui kat ofis ni. Tak bestnyeeeeeeeeee..

Apa hal lak ni? Apa yg boring? Apa yang tak best ?

Sebabnya...

Aku dah takde kawan2 nak diajak lunch. Ckin, Zana, Sha & K.Zimah dah pindah kat Alammi. Jauhnya nak ajak makan sekali. Kalau dulu setiap kali kul 12.30 t/hari, mesti tangan aku laju aje bersms kat diorang. " Lunch katne?" Itu je yg aku tanya. Diorang pun memang dah faham, x yah baca pun diorang dah tau apa isi sms aku. Nak cari tempat makan la untuk isi perut.

Tapi, sekarang dah lain. Aku kena lunch sorang2 la. Kalau dulu bila ada kawan2, bolehlah bercerita,berceritut, tahi mata besar lutut. Boleh cerita pasal isu semasa, anak2 & macam2 lagi la. Sekarang xkan aku nak bersembang dgn pinggan lak. Apa lak org kata. So lepas makan terus blah. Masuk ofis, buat kerja balik. Macam x de hidup je. . Dah lah kat ofis pun aku sorang2. Nanti tak reti nak bermasyarakat pulak. Abis nak buat camne? Nasib ko la Ida.............

Saturday, February 27, 2010

Balik kampung. Hoorey........

Sempena cuti CNY ari tu, dapat la aku balik ke Terengganu. Kata orang, melepaskan rindu pada kampung halaman. At least dapat jugak aku aku cium dan peluk mak aku. Lagipun mak aku dah tak sihat. Nak berjalan pun terpaksa gunakan bantuan tongkat. Kesian kat mak. Tapi aku tau mak aku tabah orangnya. Tapi kadang2 orang tua ni ada jugak degilnya. Macam mak aku la, walaupun tak sihat tapi sibuk nak buat semua benda sendiri. Bukannya tak boleh mintak bantuan anak2. Entahlah....aku tua nanti pun tak tau la macam mana pulak. Asalkan mak bahagia dengan hidup dia, itu dah cukup bermakna.

Alang2 dah balik kampung, tak sah kalau tidak ke Pantai Batu Rakit. Buat apa kat sana? Apalagi kalau tidak menjamu mata dan perut la. Pekena ikan, udang & sotong yang semuanya bercelup tepung. Sedap sampai menjilat kuku....


Antara yang diorder:


Udang celup tepung

Udang dan ikan celup tepung

Tidak ketinggalan keropok dan sotong celup tepung. Semuanya yummy2

Aksi2 yang best..........


Aisya yang tengah kebulur...

Sampai berpeluh2 Marwan makan.



Enaknya menjamu selera..

Pok Nor dan Adam pun sibuk nak pose. Tak pe. bagi peluang..

Walaupun aku balik cuma sekejap, tapi aku puas ati. Sekurang2nya dapat jugak aku berkumpul dgn semua ahli kelurga aku. Peluang macam ni bukannya selalu aku dapat. Semoga ada kesempatan macam ni lagi. Insyaallah...

Weekend @ Genting


Catatan minggu lepas ( 20 Feb 2010 )


Lain yang dirancang, lain pulak yang menjadi...........

Sebenarnya ari tu aku nak ke Selayang, cari barang2 untuk besday Sarah. Entah macam mana sampai kat Batu Caves, tetiba papa bersuara :

Papa : Naik genting pun best jugak
Aku : Biar betul, x bawak apa2 ni

Papa : Ala koboi aje la, bukannya jauh sangat dari sini.

Aku : Suka ati la, bukannya mama yang bawak keta
( Sebenarnya dalam ati seronok giler, dah lama aku tak ke sana. Itupun g dgn papa masa zaman jahiliah dulu. Lama tu.. )

Sebab tak planning nak g sana, terpaksa la menahan kesejukan time berkabus sebab masing2 tak bawak sweater. Kesian tengok Sarah dan Naqib menahan sejuk. Si Naqib lagi la kesian, balik Genting aje terus batuk dan demam. Tak tahan dengan udara sejuk kat atas tu.

Aku masuk Outdoor Theme Park. Kalau tak silap, time aku g harga tiket RM 41 untuk Dewasa dan RM 26 untuk Kanak2. Kalau silap, sori la ye. Dah lupa la harga tiket tu. Tapi harga dia x lari byk la. Lebih kurang tu jugak. X pe janji semua enjoy.

JOM.......................

Melangkah masuk ke Outdoor Theme Park



Kat Beryl's Chocalate Wonderland




Pertunjukan ' Orang Api'


Naik Mini Train



Bestnya naik Gajah...


"Saya berani. Tak gayat pun"


Best jugak duduk dalam cawan ni.

Cepat2! Keretapi dah sampai

Sarah bersama badut bernama Lulu. Dapat belon lagi...

Enjoy la jugak aku tengok Sarah tu. Nasib baik Naqib kecik lagi. Kalau tidak mesti banyak benda yang diorang nak main. Macam Sarah banyak jugak dia x naik, takut katanya. So dia naik apa yang dia rasa syok je. Maybe bila adik dia dah besar, dia berani kot sebab ada kawan yang boleh temankan dia. X pe lah, budak2. Lain budak lain ragamnya..

Epy Besday My Princess.....


" Dah besar anak dara mama............"


Lima bertahun berlalu, rasa macam sekejap je. Rasa penat, lelah, suka & duka semua ada sepanjang bersama Sarah. Tapi bila tengok dia dah membesar, dah g tadika, dah boleh jadi kawan tempat bergaduh & berceloteh, segala rasa penat, lelah & susah payah membesarkan Sarah hilang macam ditiup angin. Itulah kasih seorang ibu, anak adalah penawar segala kesakitan...

Seperti tahun lepas, aku x buat apa2 majlis untuk Sarah. Just buat kat tadika aje. So Sarah dapat celebrate besday dia dgn cikgu2 dan kawan2 kat Tadika Intan Bistari. Tapi seperti biasa la, sibuk suruh belikan kek. Padahal Cikgu Sandra ( Pengetua ) dah tetapkan apa yang perlu dibawa.Maklumlah kali ini Sarah celebrate dgn 2 org kawan lagi yang mana besday diorang jatuh pada bulan Februari juga. Sepatutnya Sarah cuma perlu bawa buah-buahan, tapi sebab hajat dia nak bawak jugak kek ke sekolah, so aku belikanlah kek untuk dia. Takut kempunan lak...

Kek besday untuk Sarah. Kalau dah budak pompuan apa lagi watak cartoon yg diorang suka kalau bukan cartoon Princess, Snow White dan seangkatan dengannya.


Apa-apa pun kena belajar dulu, kalau tidak cikgu tak bagi potong kek.



Riang ria bersama kawan-kawan.


Bersama kek masing2, sabar menanti untuk tiup lilin dan potong kek. Tapi gambar tiup lilin & potong kek Cikgu Amy ( guru kelas Sarah ) tak sempat nak tangkap. Apa2 pun terima kasih banyak2 kat Cikgu Amy sebab banyak menolong Sarah.



Something special for Sarah . Storybook Pillow untuk hadiah besday Sarah tahun ini. Pink kaler lagi you...


" Saya dah 5 tahun.."


Semoga anak mama menjadi insan yang solehah dan berguna di dunia dan di akhirat. Doa mama mengiringi Sarah sepanjang hayat mama. Jadilah anak yang terbaik untuk mama dan papa. Insyaallah...