Wednesday, July 27, 2011

K.A.M.I datang...

Kalau tengok si HELANG ni, confirm la u all tau kitorang g mana. Kiranya edisi perabih duit kitorang kali ini ke Langkawi la.Maklumlah sama mcm Cameron Highlands, last kitorang g sana kira2 3 tahun yang lepas. Korang bayangkan, 3 tahun kumpul duit baru boleh g Langkawi.Kalau nak g London x taulah camne.Entah2 kena kumpul duit sampai 10 tahun baru boleh g London. Iye ke sampai mcm tu? Entahlah Labuuuuu...Kat Langkawi kitorang tido kat Cenang Resthouse, Pantai Cenang. Papa suka Cenang sebab katanya kalau time malam tempat tu 'hidup' sikit. Boleh jalan2 time malam. Jalan2.....? Jalan apanya...malam semua dah letih. Jalan dalam mimpi adalah. Tetapi Sarah dgn Naqib enjoy la mandi laut. Balik Terengganu pun x dapat mandi laut. Apa lagi, bercanda di pasiran pantai la....
Main purpose g Langkawi, confirm la naik Cable Car. Merasai kegayatan berada di tempat tinggi. Tetapi seronok la tengok bawah, cantiknya pemandangan ciptaan Allah swt. Rasa beruntungnya berada di bumi Malaysia ini....
Aktiviti seterusnya, Island Hopping la. Bagi budak2 rasa pengalaman naik boat laju. Tetapi yang lebih mencabar, time kitorang kat tengah laut, hujan turun..Lebat la pulak. Nasib baik Naqib ok. Tidak dapat dibayangkan kalau time tu dia buat hal. Rasanya mau aku suruh pilot boat tu patah balik. Tasik Dayang Bunting...sinonim dgn citernya,kalau perempuan nak pregnant minum aje airnya. Entah betul entah tidak, xtau lah. Maybe kebetulan rezeki nak dapat. Tetapi sanggup ke nak minum airnya. Aku tengok org duk mandi kat dalam tu, rasa gelilah. Aku cuma celup2 kaki aje.Amik syarat la katakan. Kalau x sentuh langsung airnya, rasa mcm x cukup syarat lak. Mcm g buat haji lak, kena ada syarat yg perlu dipatuhi..Tetapi 3 tahun lepas, selepas balik dari Langkawi, aku mmg betul2 tetttttt... So kali x tau la, adakah Naqib akan dapat adik selepas ini? Tunggu penangan air Tasik Dayang Bunting...






































































































































































































































































No comments:

Post a Comment