Tuesday, May 11, 2010

Ibu Oh Ibu...

" Ibu...ibu...Engkaulah ratu hatiku..

Mesti selalu dengar lagu tu. Yela selalu keluar kat TV. Promote susu Nespray lepas tu letak lagu tu. Sepatutnya dia iklan untuk breastfeeding barulah letak lagu tu. Itu baru betul. Original dari seorang ibu. Setitik susu yang mengalir dari badan ibu terlalu berharga. Kalau nak dijual pun, mampu ke nak beli. Lepas ni tukar iklan tu ( Mampus aku kalau2 ada yg mengamuk, pandai2 lak komen. Suka ati diorang la. Bukannya kacau duit ASB aku pun...)

OK la , kembali ke tujuan asal. Aku cuma nak ucap Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu,Mama, Mummy, Ummi, Mak dan apa saja gelarannya,namun yang pasti tujuan kita adalah sama. Sanggup berkorban apa saja demi anak2. Harta ataupun nyawa. Ingat senang ke nak jadi ibu. Kalau tak sanggup berkorban, jangan mimpi la nak jadi Ibu Mithali.

Bila dah jadi ibu ni, barulah aku tau betapa susahnya mak aku mengandungkan,melahirkan & membesarkan aku . Betapa besarnya pengorbanan mak aku nak menjadikan aku seorang MANUSIA. Dulu aku tak fikir pasal perasaan mak aku, macam mana mak aku bersabar dgn karenah aku ( maklumlah aku ni anak yang degil ),sekarang barulah aku sedar semua tu. Banyaknya dosa aku kat mak aku.Semoga mak aku ampunkan semuanya.

Menjadi mama kepada Sarah dan Naqib,betul2 mengajar aku apa makna dan peranan seorang "IBU". Menjadi pendamping kepada anak2 dan dalam masa yang sama menjadi pembimbing kepada anak2. Kalau tak betul caranya mau terlingkup negara. Betul tak?

So untuk ibu2, anggaplah apa yang kita korbankan ari ni adalah untuk kebahagian anak2 dan jangan mengeluh dengan setiap karenah mereka.

Juga untuk anak2, ingat jangan derhaka kepada ibu dan jangan lukakan hati mereka kerana bahagianya kita hari ini adalah kerana pengorbanan & penderitaan seorang ibu yang mungkin tidak kita fahami selagi belum bergelar ibu.

UNTUK ANAK-ANAK MAMA ( SARAH & NAQIB );
" Mama ampunkan semua dosa2 kalian dan mama halalkan setiap titik susu Mama yang menjadi darah daging kalian. Semoga anak-anak Mama dapat membantu Mama di akhirat nanti. Insyaallah. "

UNTUK BONDA TERCINTA ( PN SHAMSIAH MOHD RUSH )
" Ampunkan semua dosa2 Da pada mak sejak ari pertama Da lahir ke dunia ini. Halalkan setiap tegukan susu dari badan mak yang tidak mungkin dapat dibalas hingga hujung nyawa Da. Bahagia Da adalah dari doa2 mak.Terima kasih mak. "

" Hargailah Ibu Selagi Masa Masih Ada Kerana Ibu Adalah Segala-galanya. "
SELAMAT HARI IBU

No comments:

Post a Comment