Saturday, February 27, 2010

Balik kampung. Hoorey........

Sempena cuti CNY ari tu, dapat la aku balik ke Terengganu. Kata orang, melepaskan rindu pada kampung halaman. At least dapat jugak aku aku cium dan peluk mak aku. Lagipun mak aku dah tak sihat. Nak berjalan pun terpaksa gunakan bantuan tongkat. Kesian kat mak. Tapi aku tau mak aku tabah orangnya. Tapi kadang2 orang tua ni ada jugak degilnya. Macam mak aku la, walaupun tak sihat tapi sibuk nak buat semua benda sendiri. Bukannya tak boleh mintak bantuan anak2. Entahlah....aku tua nanti pun tak tau la macam mana pulak. Asalkan mak bahagia dengan hidup dia, itu dah cukup bermakna.

Alang2 dah balik kampung, tak sah kalau tidak ke Pantai Batu Rakit. Buat apa kat sana? Apalagi kalau tidak menjamu mata dan perut la. Pekena ikan, udang & sotong yang semuanya bercelup tepung. Sedap sampai menjilat kuku....


Antara yang diorder:


Udang celup tepung

Udang dan ikan celup tepung

Tidak ketinggalan keropok dan sotong celup tepung. Semuanya yummy2

Aksi2 yang best..........


Aisya yang tengah kebulur...

Sampai berpeluh2 Marwan makan.



Enaknya menjamu selera..

Pok Nor dan Adam pun sibuk nak pose. Tak pe. bagi peluang..

Walaupun aku balik cuma sekejap, tapi aku puas ati. Sekurang2nya dapat jugak aku berkumpul dgn semua ahli kelurga aku. Peluang macam ni bukannya selalu aku dapat. Semoga ada kesempatan macam ni lagi. Insyaallah...

1 comment: